Picture of admin
Masjid Tetua di Dunia
by admin - Sunday, 13 July 2008, 05:43 PM
 

MASJID TERTUA DI DUNIA
sumber: http://www.melayu.sg/forum/index.php/topic,563.0.html







Masjid Amru bin al-As (Mesir)

Masjid ini dibina oleh Amru bin al-As pada tahun 21 Hijrah. Ia terletak di (Mesir) medan Amru bin al-As (Kota Fustat Mesir). Bangunan asal masjid ini sudah tidak ada lagi. Para pemerintah kerajaan Umawi dan Abbasiah telah mengambil berat menjaga dan memperbaiki masjid ini. Pada zaman Kerajaan Fatimiah, pemerintah-pemerintahnya juga telah mengambil berat menambah dan melengkapi masjid dengan kelengkapan-kelengkapan asas seperti karpet, permaidani dan lampu-lampu.

‏جامع عمرو بن العاص (مصر) : أنشأه عمرو بن العاص 21هـ ويقع في (مصر) ميدان عمرو بن العاص - مصر القديمة- لم يبق من أصله الأول شيء على الإطلاق، نال على يد الأمويين والعباسيين نصيبا من العناية المعمارية، وفي العصر الفاطمي عني به خلفاء الدولة فزودوه بالكثير من الأثاث والثريات والقناديل.‏

















 
 

Masjid Jamie' di Lahour (Pakistan)

Masjid ini telah siap dibina pada zaman pemerintahan Sultan Jahangir kurun ke 17. Keistimewaan masjid ini ialah kubahnya yang telah dibina dari batu berukir.

‏المسجد الجامع في لاهور (باكستان) : تم إنشاؤه بباكستان في عهد السلطان جاهنجير في القرن السابع عشر ويتميز بقبته المبنية من الحجر المقصب.‏













 





Masjid Jamie' Sulaimaniah (Turki)

Masjid ini dibina oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni. Di dalamnya dikebumikan jenazah Salim 1, pengasas kerajaan Othmaniah. Masjid ini terletak di kawasan perkuburan di belakang Universiti Istanbul yang merupakan satu kesan peninggalan sejarah Islam yang masih kekal hingga sekarang. Masjid ini mempunyai empat buah mimbar. Batu-batu marmar yang digunakan untuk membina masjid ini di ambil dari kepulauan Marmarah, Semenanjung Tanah Arab dan Yaman. Ia dihiasi dengan perhiasan yang berwarna-warni dan seni khat hasil tulisan Ahmad Qurah dan Hasan Syalabi yang merupakan penulis khat yang termasyhur pada zaman pemerintahan kerajaan Othmaniah. Di dalam masjid ini telah dibina sebuah perpustakaan yang besar.

‏جامع السليمانية (تركيا) : بني في عهد السلطان سليمان القانوني ودفن داخله سليم الأول مؤسس الإمبراطورية العثمانية. يقع المسجد على تل خلف جامعة استانبول وهو من الآثار الإسلامية الخالدة، له أربعة منابر. جلبت قطع المرمر المستعملة في بنائه من جزيرة مرمرة والجزيرة العربية واليمن، به زخارف ملونة كثيرة وكتابات من خط أحمد قرة، وحسن شلبي أشهر الخطاطين في العهد العثماني آنذاك. والجامع ملحق به مكتبة ضخمة.‏








Entrance to courtyard @ Süleymaniye Mosque, Beyazit Square, Istanbul, Turkey.

Commissioned by Suleyman the Magnificent & completed in 1557 by the great architect Mimar Sinan of Istanbul.






 


Masjid Quba' (Arab Saudi)

Masjid pertama dalam Islam yang dibina oleh Rasulullah s.a.w pada tahun 1 Hijrah - 622 Masehi di Quba' sekitar 5 km di tenggara Kota Madinah. Dalam al-Quran telah disebut bahawa masjid inilah yang dibina atas dasar takwa. Pembaikiannya telah dibuat beberapa kali. Umar bin Abdul Aziz merupakan orang yang pertama membina menara masjid ini. Kini projek pembaharuan masjid ini diselenggarakan oleh keluarga Ali Saud.

‏مسجد قباء (السعودية) : أول مسجد في الإسلام بناه الرسول (صلى الله عليه وسلم) سنة 1هـ - 622م بمدينة قباء على مشارف المدينة المنورة. ذكر في القرآن الكريم أنه المسجد الذي أسس على التقوى. وتم تجديده عدة مرات وكان الخليفة عمر بن عبد العزيز أول من وضع له مئذنة. وتولى تجديده في العصر الحديث أسرة آل سعود.‏







Logged




« Reply #5 on: June 29, 2007, 12:04:16 PM »

Masjidilharam (Arab Saudi)

Masjid pertama yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s pada sekitar tahun 2793 sebelum Hijrah di Mekah Mukarramah, Arab Saudi. Ia adalah masjid pertama dalam sejarah. Di dalam masjid ini terdapat kaabah sebagai kiblat Umat Islam dan tempat Umat Islam menunaikan ibadat Haji. Masjid ini telah beberapa kali dibuat pembaharuan dan perluasan serta dibina sebuah perpustakaan besar di masjid ini. Setiap tahun terdapat lebih dari 800 juta orang umat Islam mengunjungi masjid ini untuk menunaikan ibadat Haji dan tawaf mengelilingi Kaabah.

‏المسجد الحرام (السعودية) : أنشأه سيدنا إبراهيم عليه السلام وولده إسماعيل حوالي سنة 2793 قبل الهجرة في مكة المكرمة بالأراضي السعودية، أول مسجد في التاريخ. قبلة ومحج المسلمين، به الكعبة المشرفة، جدد ووسع عدة مرات وملحق به مكتبة كبيرة. أكثر من مليار مسلم يتوجهون بقلوبهم إلى الكعبة.‏













Logged





Masjid Besar Djenné
 
Tiga Menara Masjid Besar yang dikenali ramai mengadap pasar pusat Djenné. Masjid Besar Djenné adalah bangunan bata tanah liat di dunia dan di anggap oleh ramai jurubina sebagai gaya seni bina Sudano-Sahelian, walaupun dengan pengaruh Islam yang jelas. Masjid ini terletak di bandar Djenné, Mali di dataran banjir sungai Bani. Masjid pertama ditapak ini dibina pada abad ke-13, tetapi struktur kini bertarikh semenjak 1907. Selain merupakan pusat masyarakat Djenné, ia adalah salah satu mercu tanda yang paling terkenal di Afrika. Bersama dengan keseluruhan bandar Djenné ia telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) oleh Organisasi Kebudayaan, Sains, dan Pendidikan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization - UNESCO) pada 1988.











 
 




 
 






 




Masjid al-Azhar (Mesir)

Masjid ini telah dibina oleh Jauhar as-Siqilli di bandar Kaherah atas arahan Khalifah Fatimiah iaitu al-Muiz Lidinillah. Masjid ini dibina di antara tahun (359 - 361 Hijrah) ( 970 - 972 Masehi). Ia merupakan sebuah masjid yang terkenal juga sebagai sebuah pusat pengajian Islam. Dinamakan dengan al-Azhar sebagai isyarat kepada az-Zahra' iaitu gelaran kepada Saidatina Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Masjid ini berfungsi sebagai sebuah Universiti buat pertama kalinya pada zaman pemerintahan kerajaan Mamalik, kemudian pada tahun 1961 Masehi ia berubah menjadi sebuah Universiti moden yang mempunyai beberapa fakulti. Al-Azhar dianggap sebagai pusat penyebaran pemikiran Islam, politik dan ilmu-ilmu agama di negara Mesir serta dunia Islam keseluruhannya. Masjid ini mempunyai lima buah menara yang berbagai bentuk serta mempunyai 13 mihrab. Di dalam masjid ini terdapat sebuah perpustakaan yang sangat besar.

‏الجامع الأزهر (مصر) : بناه جوهر الصقلي بأمر من الخليفة الفاطمي المعز لدين الله، بني بين سنتي (359-361هـ) (970-972م) بمصر، وهو من أشهر جوامع الإسلام وأكبر جامعة دينية، سمي بالأزهر إشارة إلى الزهراء وهو لقب فاطمة بنت الرسول صلى الله عليه وسلم. أصبح جامعة لأول مرة في العهد المملوكي ثم أصبح جامعة حديثة عام 1961م تضم عدة كليات. يعتبر الأزهر سجلا لأقطاب الفكر والسياسة و علوم الدين في مصر والعالم الإسلامي، له خمس مآذن مختلفة الطراز وثلاثة عشر محرابا، وملحق به مكتبة كبيرة جدا.‏









 
.





 

Masjid Asfahan (Iran)

Masjid asy-Syah al-Kabir yang dibina di bandar Asfahan, Iran. Ramai dari kalangan ulama yang menisbahkan namanya kepada masjid ini.

‏مسجد أصفهان (إيران) : مسجد الشاه الكبير بمدينة أصفهان بإيران التي ينسب إليها الكثير من العلماء.‏






 
.




 
 

Masjid Kubbah as-Sakhrah di (Palestin)

Masjid ini telah dibina pada zaman Khalifah Umawi, Abdul Malik bin Marwan di antara tahun (65-86 Hijrah), (684-705 Masehi) di bandar Baitulmaqdis (Jerusalem). Masjid ini merupakan sebuah bangunan masjid yang unik dalam dunia arkitek Islam kerana terpaksa mengikuti kedudukan batu sebagai tempat permulaan Mikraj Rasulullah s.a.w ke langit (Sidratul Muntaha). Masjid ini telah beberapa kali dibuat pembaharuan serta dihiasi dengan mozek dan batu jubin Turki pada tahun 1554 Masehi.

‏مسجد قبة الصخرة (فلسطين) : بني في عهد الخليفة الأموي عبد الملك بن مروان بين سنتي (65-86هـ) (684-705م) في مدينة القدس الشرقية. وهو مبنى مسجدي فريد في بابه في عالم الإسلام تخليدا للصخرة التي عرج بالرسول (صلى الله عليه وسلم) عندها إلى السماء، جدد عدة مرات وزين بالفسيفساء والقاشاني التركي سنة 1554م.‏







"The most famous Islamic site in Jerusalem is the Dome of the Rock (Qubbat as-Sakhrah). An impressive and beautiful edifice, the Dome of the Rock can be seen from all over Jerusalem. It is not a mosque, but a Muslim shrine. Like the Ka'ba in Mecca, it is built over a sacred stone. The Dome of the Rock is the third most important pilgrimage site in Islam, after Mecca and Medina. The Dome of the Rock is the oldest Islamic monument that stands today and certainly one of the most beautiful.
The rock in the center of the dome is believed by Muslims to be the spot from which Muhammad ascended to God in heaven, accompanied by the angel Gabriel."




 
.






Masjid Al-Aqsa

Bandar Al-Quds terletak di garisan bujur 35 darjah dan di garisan lintang 31 darjah.Merupakan bandar yang tertua di dunia, di mana ia telah dibangunkan pada tahun 3000 Sebelum Masihi.


Di dalam bandar ini terdapat Masjidilaqsa yang juga termasuk di antara masjid yang tertua di dunia selepas Masjidilharam. Imam Bukhari dan perawi-perawi yang lain telah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: Nabi s.a.w ditanya: Masjid yang manakah pertama kali dibina di atas muka bumi? Lalu baginda bersabda: Masjidilharam. Selepas itu baginda di tanya lagi: Selepas itu? Baginda bersabda: Masjidilaqsa. Kemudian baginda ditanya: Berapakah jarak tempoh pembinaan di antara keduanya? Baginda menjawab: 40 tahun.


Di dalam Islam Masjidilaqsa mempunyai kedudukan yang sangat tinggi, di mana ia merupakan kiblat pertama bagi umat Islam dan Nabi s.a.w sendiri pernah mendirikan sembahyang sebanyak 17 bulan secara menghadap ke arah Masjidilaqsa, kemudian baginda menukar arah kiblat ke Masjidilharam setelah diturunkan perintah oleh Allah supaya baginda berbuat demikian.


Dari masjid inilah juga Rasulullah s.a.w dimikrajkan ke langit selepas baginda diisra'kan dari Masjidilharam ke Masjdilaqsa selama satu malam dan mendirikan sembahyang bersama seluruh para nabi-nabi sebelum baginda melakukan perjalanan Mikraj ke langit.





Masjid Ahmad bin Tulun (Mesir)

Masjid ini telah dibina oleh Ahmad bin Tulun pada tahun (263 Hijrah - 876 Masehi) dan siap pada tahun (265 Hijrah - 878 Masehi). Masjid ini terletak di Medan Ahmad bin Tulun (Mesir) di kawasan Sayyidah Zainab, selatan Kota Kaherah (Pusat bandar al-Qatai'ek). Masjid ini dibina mengikut reka bentuk masjid Samara' yang mempunyai menara dikelilingi dengan tangga di bahagian sebelah luar bermula dari bawah hingga ke puncaknya.

‏جامع أحمد بن طولون (مصر) : بناه أحمد بن طولون سنة (263هـ - 876م) وانتهى منه (265هـ - 878م) ويقع في مصر في ميدان أحمد بن طولون بحي السيدة زينب جنوب القاهرة (موقع مدينة القطائع). كان تخطيطه مسجد حصن كمسجد سامراء له مئذنة ملوية وهي ذات مصعد خارجي يدور حول بدنها حتى أعلاها.‏

 
.



 

Picture of admin
Re: Masjid Tetua di Dunia
by admin - Thursday, 10 July 2008, 04:32 PM
  hjvgkvlllu