shidkiyusoff
Soalan Soal Selidik Us Syukur. UITM Shah Alam
by shidki - Saturday, 19 July 2008, 01:40 PM
 

Borang Soal Selidik  ABD. SHUKOR BIN MOHD. ALI


Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Berasaskan Masjid.

Satu Kajian  Di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor.

 

Borang Soal Selidik Ini Adalah Untuk Melengkapkan Kertas Projek Program Sarjana Pendidikan

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Mei 2008

PANDUAN MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK PELAJAR

1. Tujuan kajian ini ialah untuk mendapat maklumat mengenai sikap dan pandangan pelajar terhadap modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berasaskan masjid. Maklumat yang diberikan membantu untuk mempertingkatkan lagi tahap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah sekolah.

2. Borang soal selidik ini bukan satu ujian dan tidak ada jawapan salah atau betul serta bukan bertujuan untuk menguji pelajar.

3. Sebarang maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini akan dianggap rahsia dan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.

4. Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D.

5. Sila tandakan dengan jujur dan ikhlas berdasarkan pandangan anda yang sebenar kerana maklumat yang anda berikan adalah amat berguna untuk kajian ini.

6. Atas kerjasama semua pelajar pelajar saya dahului dengan ucapan terimakasih.


 

BAHAGIAN A

Profil Maklumat Diri Pelajar

Sila lengkapkan ruangan ini dengan maklumat maklumat berkenaan :

A1 . Nama sekolah : ____________________________________________

A2 . Jantina : Lelaki [ ]

Perempuan [ ]

A3 . Bangsa :

Melayu [ ]

Cina [ ]

India [ ]

Lain lain (sila nyatakan)___________________________

A4 . Pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Peperiksaan Akhir Tahun

tingkatan 1 :

80-100 [ ]

60- 79 [ ]

40- 59 [ ]

0 -39 [ ]

A5 . Apakah tingkat pelajaran ibu/bapa/penjaga yang tertinggi

Bapa Ibu

Tamat Sekolah Rendah/ tidak sekolah [ ] [ ]

Tamat Tingkatan 3/SRP/PMR [ ] [ ]

Tamat Tingkatan 5/SPM [ ] [ ]

Diploma/STPM [ ] [ ]

Ijazah [ ] [ ]

A6 . Pekerjaan ibu bapa _____________________________

ARAHAN : Bagi setiap kenyataan di bahagian B, C dan D di bawah, sila tandakan sejauhmanakah anda bersetuju berdasarkan perasaan dan pendapat anda sendiri tanpa terpengaruh atau disuruh oleh orang lain. Dengan menggunakan skala dari 1 hingga 5 , sila tandakan / pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan anda menanda pada setiap pernyataan.

1

Sangat Tidak Setuju

2

Tidak Setuju

3

Kurang Setuju

4

Setuju

5

Sangat Setuju

BAHAGIAN B

Sikap Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran dan Guru Pendidikan Islam Secara Umum

Bil.

Pernyataan

1

2

3

4

5

B1.

Saya sangat meminati matapelajaran Pendidikan Islam

B2.

Pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam menggalakkan saya berfikir

B3.

Pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam memberi kesan dalam kehidupan saya

B4.

Matapelajaran Pendidikan Islam sepatutnya diberikan masa yang lebih panjang lagi

B5.

Saya yakin bahawa pengetahuan Pendidikan Islam dapat membantu manusia dalam kehidupan seharian

B6.

Saya sentiasa menunggu nunggu masa untuk matapelajaran Pendidikan Islam

Bil.

Pernyataan

1

2

3

4

5

B7.

Adalah lebih menyeronokan jika Pendidikan Islam tidak diajar di sekolah

B8.

Saya sangat sukar untuk memahami konsep konsep dalam matapelajaran Pendidikan Islam

B9.

Saya dapat mengaitkan matapelajaran Pendidikan Islam yang dipelajari dalam kehidupan seharian saya.

B10.

Pengajaran Pendidikan Islam di sekolah sangat berguna kepada saya.

B11.

Matapelajaran Pendidikan Islam telah menyedarkan saya bahawa belajar adalah satu tuntutan ibadah dalam Islam

B12.

Mata pelajaran Pendidikan Islam menambah pengetahuan saya tentang ilmu ilmu agama Islam

B13.

Matapelajaran Pendidikan Islam dapat menghalang saya daripada melakukan perkara perkara yang dilarang oleh Allah swt.

B14.

Mata pelajaran Pendisikan Islam telah meningkatkan keyakinan saya kepada Islam

B15.

Mata pelajaran Pendidikan Islam membantu saya melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna.

B16.

Mata pelajaran Pendidikan Islam tidak membantu saya mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar

B17.

Pelajar pelajar Islam TIDAK sepatutnya diwajibkan belajar mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah

BAHAGIAN C

Sikap Pelajar Terhadap Pendekatan Modul Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam Berasaskan Masjid

Bil

Pernyataan

1

2

3

4

5

C1.

Pendidikan Islam memerlukan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajarannya

C2.

Tempat yang selesa adalah penting bagi mempelajari Pendidikan Islam

C3.

Penghayatan adalah perkara paling penting dalam Pendidikan Islam

C4.

Saya merasa selesa mengikuti modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berasaskan masjid

C5.

Saya rasa seronok belajar dengan pendekatan modul ini

C6.

Saya mendapat banyak maklumat tentang Islam dengan menggunakan pendekatan modul ini

C7.

Saya lebih faham belajar Pendidikan Ialam melalui kaedah ini

C8.

Saya lebih bersemangat belajar Pendidikan Islam dengan kaedah ini

C9.

Tahap pemikiran saya meningkat semasa belajar Pendidikan Islam melalui kaedah ini

C10.

Suasana pembelajaran lebih ceria dengan menggunakan kaedah ini

C11.

Saya lebih menghayati Pendidikan Islam hasil pendekatan kaedah ini

C12.

Saya mampu mengaplikasi apa yang dipelajari dari modul ini ke dalam kehidupan harian saya

C13.

Saya sentiasa terlibat dalam aktiviti yang dilaksanakan dalam modul ini.

Bil.

Pernyataan

1

2

3

4

5

C14.

Mengambil bahagian di dalam aktiviti modul ini adalah lebih menyeronokkan

C15.

Saya sentiasa diberi peluang untuk membuat penilaian tentang hasil kerja yang telah saya lakukan sendiri.

C16.

Kaedah ini mampu memberi kesan positif terhadap perkembangan akademik, sahsiah dan akhlak pelajar

C17.

Saya diberi peluang untuk memberi pendapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam modul ini

C18.

Kaedah ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih terbuka.

C19.

Kaedah ini mampu melahirkan pelajar yang kreatif dalam mencari ilmu

C20.

Kaedah ini sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

C21.

Saya merasa sangat seronok sekiranya mata pelajaran Pendidikan Islam diadakan di luar bilik darjah

C22.

Situasi sebenar dalam masjid memudahkan saya memahami isi pengajaran Pendidikan Islam

BAHAGIAN D

Penglibatan guru dan pelajar dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam Berasaskan Masjid

Bil

Pernyataan

1

2

3

4

5

D1.

Saya sentiasa bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah.

D2.

Pelajar digalakkan berinteraksi sesama mereka dalam mencari maklumat

Bil.

Pernyataan

1

2

3

4

5

D3.

Saya suka mengambil bahagian dalam aktiviti perbincangan

D4.

Saya sentiasa diberi sokongan oleh rakan dalam menyiapkan kerja kerja dalam kumpulan

D5.

Kadang kadang saya merasa bosan mendengar penerangan dari guru

D6.

Guru Pendidikan Islam saya memberi lebih banyak panduan daripada memberikan jawapan

D7.

Guru Pendidikan Islam saya berjaya membangkitkan minat saya terhadap matapelajaran Pendidikan Islam melalui modul ini.

D8.

Guru Pendidikan Islam saya selalu menggalakkan saya memberi pendapat sendiri.

D9.

Guru Pendidikan Islam saya mempengaruhi pembentukan sikap saya terhadap Pendidikan Islam

D10.

Guru Pendidikan Islam saya berjaya menghidupkan suasana pembelajaran melalui modul ini

D11.

Guru Pendidikan Islam saya memberikan peluang berfikir dan melakukan sesuatu pekerjaan dengan daya usaha saya sendiri

D12.

Pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah modul ini lebih banyak melibatkan pelajar secara langsung

D13.

Penglibatan guru adalah sangat berkurangan

D14.

Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing sahaja

D15.

Guru hanya memberi idea untuk dikembangkan oleh pelajar

D16.

Guru Pendidikan Islam sering mengadakan aktiviti perbincangan kumpulan

D17.

Guru sering memberi peluang kepada saya mempraktikkan cara cara melaksanakan ibadah yang betul

D18.

Saya selalu diminta oleh guru melakukan latihan, amali dan bacaan berulangkali

D19.

Guru sering mengemukakan pelbagai persoalan

shidkiyusoff
Re: Soalan Soal Selidik Us Syukur. UITM Shah Alam
by shidki - Sunday, 20 July 2008, 09:28 AM
 

Kepada Ustz Anisah! Sila email soalan soal selidik anda...